Saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar Albukari disebabkan kejayaan beliau amat dikagumi. Sikap beliau yang rendah diri, tidak pernah berpuas hati dengan kedudukanya dan sentiasa berusaha keras bagi memperbaiki taraf hidupnya amat dikagumi. Walau pada asalnya beliau hidup dalam serba kekurangan, beliau tidak pernah berputus asa, malah sentiasa berusaha mencari peluang perniagaan sehingga kini digelar usahawan berjaya. Beliau seorang yang berhati-jati dalam perniagaan terutama soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikir kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat keputusan dalam perniagaan. Beliau juga seorang pemurah, menggemari perkara-perkara amal, kuat bekerja, merendah diri. Sikap beliau ini boleh dipelajari dalam kehidupan kita.
Latarbelakang Tan Sri Syed Mokhtar Albukari:
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya
Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut. Bapanya merupakan seorang
perniaga. Syed Mokhtar mempunyai tujuh
orang adik beradik dan beliau adalah anak yang ketiga. Ketika umur 9 tahun,
beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Bahru hingga
ke Tingkatan Dua. Kemudian beliau kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah
Saint Michael's. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan
hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai
katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah
pelajaran. Tan Sri Syed Mokhtar Albukari tidak sempat mengambil periksaan SPM
kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Tan Sri Syed
Mokhtar Albukari berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed
Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik
dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Tan Sri Syed Mokhtar Albukarir mempunyai
tujuh orang anak.
Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukari:
Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan
keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau
membantu bapanya menternak lembu dan kerbau malangya berhadapan dengan masalah
wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis
. Semua ternak petani mati. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan
perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika
berumur 19 tahun, Beliau membeli daging
lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera
dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.
Pada
1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam
RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas
membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat
Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya
itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat
Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Pada
1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di
bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).
Pada
1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras
daripada Lembaga Padi negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya
mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas
Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Johor. Kesemua ini merupakan hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru.
Pada 15 Julai 1976, beliau menubuhkan syarikat usahasama iaitu Bukhary
Sdn Bhd dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong
Tan. Syarikat ini beroperasi di
pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Ng Ghiak Gee adalah pedagang beras
manakala Chua Chong Tan pula pengilang
beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee memegang 32% dan Chong
Tan memegang 16% Melalui Bukhary Sdn.
Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.
Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di
rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian
sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan
beras,teh, tepung coklatt, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan.
Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Pada 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan
Canton, China. Beliau berjaya menjalankan siatem barter , iaitu menukarkan koko
dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan
120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli
secara terus daripada pengilang.
Pada 1979,beliau menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %)
dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan
jenama Fernleaf dan Anchor.
Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd.
ekoran kemelesetan ekonomi.
Pada tahun 1998, beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi
mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division
bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat
usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Amtek
Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur , beliau
menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan
hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak
syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian
berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Syed Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak sebagai broker
kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia. Beliau membeli
sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta dan
diberi nama 'Angsa Mas'. Kapal itu mengangkut beras dari Thailand ke sabah dan Sarawak. Beliau
terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak
USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).
Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan
memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Beliau juaga membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta menerusi
program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi menyaingi
Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135
juta. Sealanddari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari
Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya meyakinkan dua
buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Pelabuhan Tanjung
Pelepas. Apabila bekalan air
diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan
Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.
Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada harga
RM3 sesaham daripadaPermodalan Nasional Berhad . MMC dapat kontrak membina
Lebuh Raya Pantai Timur iaitu membina lebuh raya sambungan dari Karak ke Kuala
Terengganu . Beliau turut memilik saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP
iaitu syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia . 20 peratus pegangan dalam
IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan
dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam
Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam
banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings
Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Beliau juga
mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran
buku di Malaysia dan Singapura.
Beliau juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf
International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam
Projek Hidro Elektrik Dakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam
Malaysia Mining Coeporation Berhad (MMC) , PERNAS, Padiberas Nasional Berhad
(Bernas), Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad,
Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC Corp Bhd
telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan
kereta api berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan
kerana faktor pemulihan ekonomi. Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender
diperolehi sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003. Syed Mokhtar
juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai tanah di Senai Industrial Park
dan membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS). Pada 1 November 2003,SATS
mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports
Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta.Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd.
(DRB)miliknya, membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga
RM1.29 bilion.[15] DRB-Hicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.
Tan
Sri Syed Mokhtar Albukari telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang
telah membina dan menguruskan Mus\zium Kesenian Islam bernilai RM70juta di
Kuala Lumpur selain juga banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan
terutama di sekitar Kedah dan Perak.
Sumber: Wikipedia