MEMUPUK BUDAYA KEUSAHAWANAN
Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-
Mengawal halatuju masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.
Memaksimumkan potensi diri
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
Mendapat keuntungan
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentukdividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
Berorientasikan perancangan
Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawanmestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masayang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaanya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidak pastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.
Menggunakan masa secara strategic
Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan.Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.
Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merbut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.Pembudayaan inivasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran,memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.
Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan
Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. Seterusnya akan memberikan keuntungan kepada usahawan. Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi.Teknologi merupakan satu mekanisma yang dapat membantu meningkatkan kualiti dankuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menymbang ke arah pembuatan dan teknikreka bentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.
Kesediaan untuk merebut peluang
Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendirioleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkankekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada padadiri sendiri.Nilai Murni KeusahawananDi antara nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh usahawan ialah:-
Berani mencuba
Usahawan yang berani mencuba mempunyai jangkauan kawalan dalaman yang tinggi. Mereka juga mempamerkan usaha yang berterusan dan lebih sensitif kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan. Usahawan yang begini mempunyai keyakinan bahawa kejayaan akan menjadi milik mereka selagi mereka bersedia memberikan komitmen sepenuhnya menggunakan tenaga dan keupayaan mereka.
Penetapan matlamat
Usahawan yang berjaya adalah usahawan yang mempunyai matlamat yang jelas dan meyakinkan. Penetapan matlamat oleh usahawan mendorong mereka untuk lebih berusaha sekaligus berjaya meraih kejayaan yang diinginikan. Matlamat yang sukar dicapai akan memerlukan komitmen dan prestasi yang tinggi berbanding dengan matlamat yang senang dicapai. Setiap usahawan perlu mempunyai perancangan dan matlamat jangka panjang dan juga jangka pendek. Matlamat-matlamat tersebut akan menjadi pengukur prestasi seseorang usahawan dan dapat membantu mereka mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan-kelemahan dan merencanakan strategi-strategi baru.
Jangkaan diri
Jangkaan diri merupakan nilai yang perlu ada pada diri usahawan. Jangkaan diri menjadikan usahawan lebih bermotivasi untuk mengecapi kejayaan yang dicita-citakan Sebagai usahawan, tahap ketinggian motivasi adalah bergantung kepada jangkaanusahawan terhadap keupayaan mereka untuk melakukan sesuatu tugas dan menerima ganjaran yang dikehendaki. Jika mereka menjangkakan mereka mampu untuk bersaingdengan pesaing serta mempunyai pemikiran yang positif maka mereka akan berjaya.Jangkaan diri memerlukan individu untuk yakin kepada diri sendiri dan mampu melakukan yang terbaik dengan mengadun segala kemampuan yang mereka miliki. Justeru itu, usahawan perlu mempunyai jangkaan diri yang tinggi bagi mencapai prestasiperniagaan yang luar biasa.
Keyakinan diri
Dunia keusahawanan penuh dengan cabaran, maka setiap usahawan perlu mempunyai keyakinan diri terutama didalam membuat keputusan atau menyahut sesuatu cabaran.Bagi meningkatkan keyakinan diri, seseorang usahawan itu perlu mengikis perasaantakut pada kegagalan dan mempunyai pendirian yang teguh serta tidak mempunyai perasaan rendah diri apabila berhadapan dengan pesaing.
Inisiatif diri
Daya inisiatif diri adalah salah satu daripada sikap yang perlu ada pada seseorang udahawan. Seorang usahawan yang berjaya biasanya mempunyai daya inisiatif yang tinggi kerana seorang yang berinisiatif tinggi mempunyai kecenderungan untukmelihat dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan berkesan.
Bertanggungjawab
Sikap bertanggungjawab merupakan satu proses pembudayaan yang akan melahirkan usahawan yang tidak mudah mempersalahkan pihak lain jika berhadapan dengan masalahatau sesuatu kegagalan. Kesan daripada rasa tanggungjawab yang tinggi akan menjadi pencetus semangat kesediaan untuk mencurahkan khidmat bakti kepada keluarga, pekerja dan masyarakat.
Mewujudkan hubungan dengan individu yang boleh membantu
Perhubungan yang rapat dengan mereka yang berkepentingan dalam perniagaan merupakan satu kelebihan kepada usahawan untuk mengembangkan sayap perniagaannya. Melalui perhubungan membolehkan usahawan mendapat peluang perniagaan dan mengetahuiancaman-ancaman yang bakal dihadapi.KreativitiKreativiti adalah kelebihan bersaing yang perlu ada pada usahawan. Kreativiti membolehkan usahawan menghasilkan produk yang mempunyai kelainan daripada produk-produk yang dikeluarkan oleh pesaing-pesaing. Oleh itu produk yang dikeluarkanakan terus berada di pasaran dan terus diminati oleh pelanggan hasil daripada perubahan terhadap ciri-ciri produk.
http://www.scribd.com/doc/35764350/MEMUPUK-BUDAYA-KEUSAHAWANAN

No comments:
Post a Comment