Budaya
Keusahawanan Bangunkan Ekonomi, Tamadun Islam
BUDAYA
keusahawanan bukanlah suatu yang asing daripada kerangka Islam. Malah, Islam
sebagai cara hidup menekankan nilai positif yang boleh diguna pakai dalam
membentuk budaya perniagaan jernih menepati prinsip dan matlamat syariah.
Tidak hairanlah
jika budaya keusahawanan turut ditekankan Nabi Muhammad SAW sebagai pintu
rezeki yang utama. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: �Sembilan
daripada persepuluh rezeki datang daripada perniagaan.� (Hadis riwayat
at-Tirmizi)
Walaupun Islam
menitikberatkan bidang perniagaan dan keusahawanan, realiti hari ini
menunjukkan umat Islam lebih selesa menjadi masyarakat pengguna dikeluarkan
pihak lain atau negara luar terutama dari Barat.
Demikian juga
suasana dalam negara yang memperlihatkan umat Islam khususnya golongan
Bumiputera yang agak ketinggalan dalam penguasaan ekonomi khususnya bidang
perniagaan dan keusahawanan berbanding bukan Islam.
Budaya
keusahawanan sebati dengan keperibadian Nabi SAW. Sebelum Baginda diangkat
menjadi rasul lagi, Baginda adalah usahawan berjaya. Nabi Muhammad SAW pernah
diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang bertanggungjawab
mengurus dan memperdagangkan harta dimiliki Saidatina Khadijah.
Budaya
keusahawanan dimiliki Baginda SAW ditambah dengan akhlak terpuji yang
dizahirkan dalam mengurus perniagaan lantas berjaya menambat hati Khadijah
hingga dilamar menjadi suami.
Tidak terhenti
setakat itu, apabila diangkat menjadi rasul, Baginda tetap menerapkan budaya
sama di kalangan sahabat dan umat Islam. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila
Baginda berhijrah ke Madinah.
Selaku ketua
negara bagi sebuah kerajaan Islam yang baru bertapak, Nabi SAW amat mengerti
dan memahami kepentingan memperkasa ekonomi kerajaan Islam. Apatah lagi dalam
suasana Madinah pada ketika itu ekonominya hampir sepenuhnya dikuasai kaum
minoriti Yahudi.
Merekalah yang
menguasai pasar utama dan sumber asasi seperti air telaga. Mereka juga terkenal
dengan kelicikan menindas bangsa Arab dalam urusan muamalah harian. Umpamanya,
perniagaan dijalankan secara hutang dikenakan bunga yang tinggi hingga menjerat
sesiapa saja berhutang dengan mereka. Malah caj penggunaan air juga amat tinggi
hingga menjadikan mereka sebagai golongan berkuasa.
Sebab itulah
sejarah memaparkan bagaimana usaha kedua terpenting Nabi SAW selepas membina
masjid sebagai lambang pengukuhan aqidah dan iman penduduk Islam Madinah, turut
membina pasar yang dikhaskan kepada umat Islam sebagai satu usaha penting
pemantapan ekonomi Madinah.
Usaha pemantapan
ekonomi tidak hanya sekadar memberi penumpuan kepada aspek fizikal iaitu
membina pasar semata-mata, lebih ditekankan Nabi SAW ialah mencanai budaya
keusahawanan yang luhur dan jernih berpandukan akhlak serta nilai diwahyukan
Ilahi.
Baginda sendiri
turun dan mentarbiah usahawan baru di kalangan masyarakat Arab yang sebelumnya
tidak pernah terdedah kepada bidang perniagaan dan perdagangan. Kebergantungan
kepada minoriti Yahudi memaksa mereka hidup dalam suasana penganiayaan dan
persekitaran terhimpit serta tertekan.
Kehadiran Nabi
SAW berjaya membebaskan mereka daripada segala bentuk penindasan dan perhambaan
yang berkait rapat dengan kegagalan mengurus ekonomi hingga terpaksa bergantung
kepada ihsan orang lain.
Kemandirian
ekonomi penting bagi memastikan bukan saja umat Islam kuat daripada segi
fizikal tetapi membolehkan mereka mempertahankan aqidah dan keimanan. Kekuatan
ekonomi menjadikan umat Islam dipandang tinggi dan membantu menyebarluaskan
agama ke seantero dunia.
Ulama feqah
merumuskan suatu kaedah feqah (qaidah fiqhiyyah) yang berbunyi: �Sesuatu yang
tanpanya menyebabkan perkara wajib itu tidak lengkap maka ia menjadi wajib.�
Apa yang
difahami melalui kaedah itu ialah apabila wujud suatu perkara yang tanpanya
tuntutan kefarduan itu tidak lengkap atau tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna maka perkara itu dengan sendirinya menjadi wajib.
Aspek ekonomi
yang menjadi faktor penting menjana kekuatan tamadun Islam dan penyebaran agama
Allah dengan sendirinya menjadi wajib bagi menyempurnakan tanggungjawab dakwah
yang difardukan.
Hakikat
menyedihkan hari ini, rata-rata umat Islam mengalami masalah kecelaruan
pemikiran yang menyebabkan mereka menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Umat Islam gagal
memahami keutamaan (fiqh awlawiyat) dalam mengatur kehidupan mereka. Rata-rata
umat Islam memahami agama daripada perspektif ibadah khusus seperti sembahyang,
puasa, haji dan sebagainya. Sedangkan aspek muamalah yang sama penting dikesampingkan.
Akibat
penyimpangan pemikiran sebeginilah menyebabkan umat Islam hari ini dilihat
lemah dalam pelbagai bidang kehidupan, utamanya dalam hal berkaitan pentadbiran
keduniaan, termasuk politik, ekonomi dan sosial.
Kebanyakan
negara Islam dikategorikan sebagai miskin dan terkebelakang, sedangkan 1/3
sumber asli dan galian serta ekonomi dunia berada di negara Islam. Umat Islam
tidak mampu bersaing dengan masyarakat lain dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
Semua ini
pastilah tidak menepati semangat dan nilai yang terkandung dalam ajaran Islam.
Malah umat Islam hari ini bolehlah dikatakan gagal menghayati Islam seperti
tuntutan wahyu Ilahi.
Firman Allah SWT
yang bermaksud: �Kamu adalah
sebaik-baik umat yang ditampilkan kepada (faedah) umat manusia sejagat,
(kerana) dengan tugas menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman
kepada Allah dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (seperti
mana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi)
di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.� (Surah
Ali-Imran, ayat 110).
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
ReplyDelete