Perkasa
budaya keusahawanan
Kangar:
Penganjuran Simposium Usahawan anjuran Kumpulan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) sempena Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM), di sini, mampu meningkatkan
kefahaman sekali gus menyemai dan memperkasa budaya keusahawanan kepada
penduduk di negeri ini.
Program
berkenaan menampilkan barisan ahli panel dan tokoh usahawan tanah air turut
memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi melalui sesi soal jawab di
samping menjalinkan rangkaian perniagaan sesama usahawan.
Usahawan, Matt
Noh Kasa, 59, dari Jejawi Hutan Buloh, Arau, di sini, berkata, program
berkenaan secara tidak langsung membantunya melihat peluang yang boleh direbut
selain mendapatkan sumber kewangan untuk memperbesarkan lagi perniagaan
hotelnya di sini.
“Program ini
mengajar saya mendapatkan pekerja berkebolehan dalam industri perhotelan
disebabkan pekerja sedia ada tidak membantu memajukan perniagaan dan hanya
bekerja saja.
“Selain itu,
saya didedahkan dengan cara pengurusan kewangan supaya keuntungan yang
diperoleh tidak bocor dan simpanan dapat dibuat untuk tabungan pada masa
depan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Lebih 300
peserta terdiri daripada usahawan Bumiputera dan bukan Bumiputera menyertai
simposium anjuran Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)
sempena MSAM.
Penceramahnya
ialah Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam; Pemilik Pasaraya
Borong Sakan, Datuk Che Umar Yatim dan Pengarah Urusan Les Copaque Production,
Burhanudin Md Radzi.
Katanya,
penceramah juga berjaya membuka mata dan mindanya untuk berfikir secara positif
dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan, bahkan membuat dirinya mahu
berusaha dengan keras bagi merealisasikan impian menambah cawangan hotel.
“Pada awalnya
saya berfikir program ini seperti program keusahawanan lain, tetapi rasa
berbaloi kerana banyak jalan yang terbuka di hadapan bagi memantapkan lagi
perniagaan, bahkan kata-kata penceramah juga memberi kesan mendalam.
Sementara itu,
pengusaha makanan, Jaminah Teriau, 60, dari Kampung Guar Ujung Batu, Utan Aji,
berkata, program berkenaan begitu bermanfaat pada dirinya untuk memajukan lagi
perniagaan dengan membuat pengedaran terus ke pasar raya.
“Pada masa ini,
saya hanya mengedarkan produk kacang bersalut pedas yang dihasilkan ke kedai
runcit dan kedai makan saja kerana tidak berani mengambil risiko.
“Dengan
menghadiri program ini, saya bercadang untuk memperluaskan pasaran produk dan
akan berbincang dengan suami mengenai hasrat itu,” katanya.
Katanya, sejak
memulakan perniagaan pada 2002, dia hanya menyediakan beberapa kilogram kacang
dan bahan asas untuk seminggu, tetapi meningkat kepada 15 hingga 20 kilogram
selepas menerima bantuan kerajaan.
Artikel ini
disiarkan pada : 2013/04/22
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perkasabudayakeusahawanan//Article/index_html
No comments:
Post a Comment