Friday, 7 March 2014

7 Tips menjadi Usahawan

1) Keuntungan bukanlah menjadi matlamat utama.
Jadikanlah matlamat utama berniaga adalah untuk mencapai dan mendapatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Sekiranya berniaga dengan niat untuk mendapat keuntungan sahaja kita akan mudah terpesong dan melanggar prinsip perniagaan dalam Islam.  Perniagaan yang diberkati adalah perniagaan yang dijalankan secara jujur, telus dan menjadikan pelanggan itu seperti saudara sendiri.

2) Jujur dan Telus
Usahawan yang jujur akan mudah mendapat tempat di hati pembeli dan pelanggan. Justeru, hubungan yang baik antara pelanggan dan peniaga akan terbina sekiranya tiada unsur-unsur mengambil kesempatan dan mengambil untung yang melampaui batas ke atas pelanggan. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa akan di masukkan peniaga yang jujur dan telus itu ke dalam syurga bersama rasul-rasul Allah dan mereka yang beriman.

3) Terbuka dengan kritikan
Usahawan yang ingin berjaya tidak pernah takut dan memandang negatif ke atas setiap kritikan yang diberi oleh sesiapa sahaja terhadapnya mahupun produknya. Walaupun kenyataannya kritikan itu sesuatu yang amat pahit untuk ditelan namun ianya perlu dilihat daripada sudut pandangan yang positif agar dapat bertindakbalas dengannya dan memperbaiki keadaan. Sikap sebeginilah yang menujukkan anda seorang yang berani dalam melakukan perubahan dan pembaharuan demi memenuhi keperluan pengguna.

4) Utamakan kebersihan
Kebersihan dalam penghasilan produk pemakanan adalah amat dituntut di dalam Islam. Menjaga kebersihan bukan sahaja mengelakkan daripada mendatangkan kemudharatan tetapi menghadirkan perasaan selesa kepada pengguna itu sendiri. Apabila timbulnya perasaan selesa tersebut, hati pelanggan akan mudah terikat dengan produk yang dihasilkan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan.

5) Mempunyai impian dan matlamat yang tinggi
Walau dalam apa jua bidang yang diceburi kita perlulalah bercita-cita tinggi termasuklah juga dalam bidang usahawan ini. Usahlah takut untuk mencipta dan berimpian yang besar jika kita punya kemampuan dan keupayaan untuk mencapainya. Sebagai contohnya anda bermula dengan perniagaan warung yang kecil dan seterusnya mempunyai restoran yang sederhana besar, kemudian ingin membuka beberapa rangkaian di seluruh daerah dan seterusnya negeri. Bukan susah untuk merancang, tetapi  apa yang sukarnya ialah untuk melaksanakannya., namun anda masih punya pilihan samada untuk membiarkan sahaja impian itu berkubur kerana semangat anda yang lemah atau meneruskan dan menjadikannya satu kenyataan. Segala keputusan dan hasil adalah berada di tangan anda, namun yang penting jangan lupa untuk memanjatkan doa memohon pertolongan daripada Allah SWT.

6) Bekerjasama dengan saingan dalam pasaran yang sama
Mentaliti masyarakat melayu yang suka dengki, hasad dan ingin untung seorang ini haruslah di kikis dan dibuang terus. Kalau bukan kerana sikap ini mungkin tidak akan ada peniaga yang dibomohkan dan disantaukan oleh orang-orang tertentu yang tidak senang dengan kejayaan seseorang itu. Kita boleh mengambil contoh peniaga bukan Islam seperti bangsa cina contohnya. Mereka benar-benar tolong menolong sesama mereka dalam perniagaan. Seperti pengalaman seorang pelajar ini yang ingin membeli telefon bimbit di sebuah kedai di ibu kota, namun model yang diinginkan tiada di kedai tersebut, tetapi peniaga cina ini tidak membiarkan pelanggannya itu berlalu begitu sahaja sebaliknya membawanya ke kedai yang berhampiran untuk membantunya membuat pilihan di sana. Perkhidmatan ini sangat memuaskan hati pelajar tersebut. Bagaimanakah peniaga cina tersebut boleh melakukan sebegitu sedangkan dia tidak mendapat sebarang untung pun di situ, hebat sungguh cara berbisnes bangsa cina ini.
Perbuatan jatuh- menjatuhkan sesama peniaga juga tidak haruslah berlaku dalam perniagaan Islam, sebaliknya haruslah bergandingan memajukannya. Menubuhkan persatuan peniaga juga boleh dipertimbangkan sebagai medan perbincangan dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam perniagaan. Melaluinya juga para peniaga boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran dan juga pengalaman untuk mengembangkan lagi perniagaan.

7) Sesekali tidak menjual barangan haram
Ada sebilangan peniaga yang tidak menganggap penjualan barangan yang haram ini sebagai satu perkara yang harus dijauhi. Barangan yang haram ini bukanlah sahaja seperti yang kita maklum iaitu arak, daging babi atau yang bersangkutan dengannya tetapi barangan curi, barangan yang boleh memudaratkan seperti dadah dan sebagainya, barangan yang salah di sisi undang-undang seperti penjualan senjata api dan daging binatang liar tanpa lesen yang sah juga dikategorikan sebagai barangan haram. Perniagaan dalam Islam ini haruslah barangan dan perniagaan yang tidak melibatkan barang yang mutashabihat( ragu) daripada segi kandungan dan pembuatannya. Islam terlalu luas skopnya namun kenapa masih ada di antara kita yang masih ingin melibatkan dalam perkara syubhah begini.
Usahawan muslim perlulah mengambil langkah yang lebih tangkas dan cekap dalam memajukan bisnes yang melibatkan penghasilan makanan bagi umat Islam ini. Kandungan dan penjualan makanan umat Islam kini semakin tidak diambil peduli dan dipandang ringan oleh sesetengah pihak berwajib. Pengguna juga kurang mengambil berat apa yang dimakan mereka, tidak kira samaada makanan itu halal ataupun tidak, apa yang penting bagi mereka adalah sedap. Seharusnya kita sebagai umat Islam perlu menitik beratkan soal pemakanan ini sebab ia akan menjadi darah daging kita. Bantulah usahawan muslim untuk terus hidup dan maju dalam perusahaan mereka.  Wallahua’alam.


Sumber: Laman Usahawan Muda- http://forumusahawanmuda.wordpress.com/artikel-2/hubungi-kami-3/

Monday, 3 March 2014

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh





Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

          Saya memilih Datuk Wan Mohammad Sani Salleh dalam tugasan ini adalah disebabkan kejayaan beliau yang dikagumi. Walaupun beliau beusia muda tetapi beliau telah berjaya dalam perniagaannya malah juga merupakan usahawan Malaysia yang berjaya. Beliau seorang yang mempunyai impian. Buktinya, beliau sedar akan kehidupan dulu yang hanya berhibur dan tidak ada masa depan. Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.  Walaupun pada mulanya beliau menghadapi masalah dalam kerjayanya disebabkan dua orang rakan konsinya menarik diri, beliau tetap tabah dan tidak berputus asa.Sikap beliau ini boleh dipelajari oleh orang ramai.


Latar Belakang Datuk Wan Mohammad Sani Salleh:
Nama : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Usia : 35 tahun
Lahir : 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
Adik Beradik: Keempat daripada enam beradik
Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
Jawatan : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

Kejayaan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh:
Pada usia muda ini, perniagaan beliau yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.

Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, beliau mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.. Dengan itu, beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.

Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Ketika itu, beliau berkerjasama dengan dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir.

Ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.

Pada Januari 2006 Sani Express wujud di jalan raya dan  perjalanan perniagaan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan, perniagaan beliau menjadi semakin berkembang. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.

Sumber: eblogger: Kisah Usahawan & Utusan Online: Liku Kejayaan Sani Express

            ------------------------------------------------------------------------------------
Utusan Online

Liku kejayaan Sani Ekspres
Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
bisnes@utusan.com.my

KOTA BHARU 15 Julai - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tekad yang menggambarkan liku-liku perjalanan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh sebelum bergelar usahawan muda Melayu negara yang berjaya.

Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. (SUSB).

Biarpun baru berusia 35 tahun tetapi Wan Mohammad Sani sudah menggenggam pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), baru-baru ini.

Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan masa kini.

Ketika berkongsi pengalamannya, Wan Mohammad Sani berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang biarpun memiliki impian menjadi ahli perniagaan sejak remaja lagi.

Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaanya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu 20 tahun lalu.

''Saya sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri sendiri, tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas desakan diri sendiri.

''Saya akui mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai mencari peluang dan peluang yang ada saya gunakan sebaik mungkin, kalau tidak sampai bila pun kita tidak mampu mendapatkannya lagi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong dirinya sendiri untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti.

Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi.

Ditanya mengapa industri pengangkutan menjadi pertaruhannya, Wan Mohammad Sani berkata, tiada sebab lain kecuali sektor tersebut begitu mencabar sehingga memerlukan semangat yang kuat kerana ia bukan mudah, selain risiko juga cukup banyak.

Namun, beliau tidak menafikan kesukaran yang dilaluinya berbaloi apabila Sani Ekspres kini adalah peneraju dalam pengangkutan ekspres di Malaysia.

Sani Ekspres, bas merah putih yang mula membelah jalan raya pada 2006, kini mempunyai 150 kakitangan sendiri dan beroperasi di Wisma Dato' Sani di Klang Sentral.

Beliau berkata, biarpun SUSB adalah miliknya, tetapi dia masih bekerja seperti makan gaji untuk memastikan syarikat itu menjadi sebuah syarikat pengangkutan terbesar akan tercapai suatu hari nanti.

''Saya sedar impian ini sukar dan saya tidak ada jalan lain kecuali berusaha, berusaha dan berusaha,'' ujarnya.

Wan Mohammad Sani berkata, dia bukan sahaja berhasrat memiliki 100 buah bas dan meneroka semua laluan yang ada, tetapi juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di Malaysia seperti bullet bus hasil kerjasama dengan sebuah syarikat di Sweeden.

Ia selari dengan hasratnya - mahu mengubah persepsi bahawa penggunaan bas ekspres bagi perjalanan jarak jauh adalah lebih menjimatkan dan selamat. ''Ia adalah keutamaan saya sekarang,'' kata beliau.

Ditanya tentang aktiviti hariannya, beliau mengakui masanya terhad kerana sibuk merencana perniagaan dan Sani Ekspres bukanlah tumpuan tunggal kerana perniagaannya yang lain turut menuntut perhatian yang sama.

Di sebalik jadual harian yang padat, beliau tidak pernah mengeluh kepenatan terutamanya dengan kehadiran Gia Zara, puteri sulungnya yang dilahirkan pada 1 Julai lalu.

''Kelahiran Gia Zara begitu bermakna dan memberi semangat baru kepada saya meneruskan perjuangan melebarkan empayar perniagaan ini,'' kata beliau sebagai menutup bicara dalam pertemuan itu.



Sumber: 
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm#ixzz2v2LScra0
© Utusan Melayu (M) Bhd






Tan Sri Tony fernandes


Tan Sri Tony fernandes

             Saya memilih Tan Sri Fernandes disebabkan kejayaaan beliau amat dikagumi. Beliau berniaga bukan hanya berfikir untuk mengaut keuntungan semata-mata sebaliknya juga menjaga kepentingan orang lain dengan memperkenalkan penerbangan tambang murah.  Slogan "Semua mampu naik kapal terbang" menjadi perananya dalam menjayakan perniagaan beliau. Kejayaan beliau dalam memulihkan keadaan AirAsia yang pada awalnya berhutang banyak. Beliau tetap sanggup mengambil risiko ini walaupun pada masa itu terdapat bantahan orang ramai dan menggangap beliau "Gila". Akhirnya, dengan kesungguhan beliau, beliau berjaya memulih kewangan AirAsia.


Latar Belakang Tan Sri Tony Fernandes
Kelahiran : 30 April 1964 (49 tahun) Kuala Lumpur , Malaysia
Pekerjaan: Ketua pegawai eksekutif / Pengarah AirAsiaBerhad dan pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi QPR Holdings Ltd / Pengasas dan bekas Ketua Pasukan Caterham         

           Tan Sri Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekasPerdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Kejayaan Tan Sri Tony Ferdandes

1987- Fernandez ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics, dia bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit.

1987-1989-  Dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.

1991- Ia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

1992-2001-  .Dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Pada Oktober, 2001 - Pelancaran AirAsia.
Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.


Sumber: Wikipedia







Motivation for being in entrepreneurship

Motivation for being in entrepreneurship

  • Status
  • Personal Comfort/ Freedom
  • Self Satisfaction
  • Knowing other people
  • Need for achievement
  • Power
  • Sharing of Ideas/ Partnership

Wednesday, 26 February 2014

Tan Sri Syed Mokhtar Albukari









Saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar Albukari disebabkan kejayaan beliau amat dikagumi. Sikap beliau yang rendah diri, tidak pernah berpuas hati dengan kedudukanya dan sentiasa berusaha keras bagi memperbaiki taraf hidupnya amat dikagumi. Walau pada asalnya beliau hidup dalam serba kekurangan, beliau tidak pernah berputus asa, malah sentiasa berusaha mencari peluang perniagaan sehingga kini digelar usahawan berjaya. Beliau seorang yang berhati-jati dalam perniagaan terutama soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikir kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat keputusan dalam perniagaan. Beliau juga seorang pemurah, menggemari perkara-perkara amal, kuat bekerja, merendah diri. Sikap beliau ini boleh dipelajari dalam kehidupan kita.
   
 Latarbelakang Tan Sri Syed Mokhtar Albukari:
           Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951.  Bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari  Hadhramaut. Bapanya merupakan seorang perniaga.  Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau adalah anak yang ketiga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Bahru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian beliau kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah pelajaran. Tan Sri Syed Mokhtar Albukari tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan. Tan Sri Syed Mokhtar Albukari berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Tan Sri Syed Mokhtar Albukarir mempunyai tujuh orang anak.

Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukari:
          Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau malangya berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun,  Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.

           Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
          Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).

          Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Kesemua ini merupakan hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.

           Pada 15 Julai 1976, beliau menubuhkan syarikat usahasama iaitu Bukhary Sdn Bhd dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan.  Syarikat ini beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Ng Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala  Chua Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee memegang 32% dan Chong Tan memegang 16%  Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.

           Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras,teh, tepung coklatt, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

            Pada 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan siatem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang.

            Pada 1979,beliau menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.

            Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
           Pada tahun 1998, beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur , beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

           Syed Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia. Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa Mas'. Kapal itu mengangkut beras  dari Thailand ke sabah dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).  Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development. Beliau juaga membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta menerusi program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Sealanddari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Pelabuhan Tanjung Pelepas.  Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.

           Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada harga RM3 sesaham daripadaPermodalan Nasional Berhad . MMC dapat kontrak membina Lebuh Raya Pantai Timur iaitu membina lebuh raya sambungan dari Karak ke Kuala Terengganu . Beliau turut memilik saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia . 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.  Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Beliau juga mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.

           Beliau juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Dakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining Coeporation Berhad (MMC) , PERNAS, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai tanah di Senai Industrial Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS). Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta.Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion.[15] DRB-Hicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.

            Tan Sri Syed Mokhtar Albukari telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina  dan menguruskan  Mus\zium Kesenian Islam bernilai RM70juta di Kuala Lumpur selain juga banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutama di sekitar Kedah dan Perak.   
          



Sumber: Wikipedia






Tuesday, 25 February 2014

Blog ini dibangunkan sebagai memenuhi sebahagian dari keperluan kursus Kemahiran dan Gelagat Keusahawanan (BPME2013). Blog ini mengandungi artikel dan komen berkaitan 3 orang usahawan yang berjaya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukari, Tan Sri Tony fernandes dan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh. serta artikel lain yang berkaitan dengan keusahawanan.