Tan Sri Tony fernandes
Saya memilih Tan
Sri Fernandes disebabkan kejayaaan beliau amat dikagumi. Beliau berniaga bukan
hanya berfikir untuk mengaut keuntungan semata-mata sebaliknya juga menjaga
kepentingan orang lain dengan memperkenalkan penerbangan tambang murah. Slogan "Semua mampu naik kapal
terbang" menjadi perananya dalam menjayakan perniagaan beliau. Kejayaan
beliau dalam memulihkan keadaan AirAsia yang pada awalnya berhutang banyak.
Beliau tetap sanggup mengambil risiko ini walaupun pada masa itu terdapat
bantahan orang ramai dan menggangap beliau "Gila". Akhirnya, dengan
kesungguhan beliau, beliau berjaya memulih kewangan AirAsia.
Latar Belakang Tan Sri Tony Fernandes
Kelahiran : 30 April 1964 (49 tahun) Kuala Lumpur ,
Malaysia
Pekerjaan: Ketua pegawai eksekutif / Pengarah
AirAsiaBerhad dan pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi QPR Holdings Ltd
/ Pengasas dan
bekas Ketua Pasukan Caterham
Tan Sri
Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang
usahawan Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang
memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan
slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai
kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan
yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali
untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan
negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekasPerdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan
tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju
memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang
rendah yang lain.
Kejayaan Tan Sri Tony Ferdandes
1987- Fernandez ialah seorang bangsa Goa bercampuran
Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya ialah Dr.
Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes. Pada masa muda
lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan
konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School
of Economics, dia bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit.
1987-1989- Dia
menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard
Branson di London.
1991- Ia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner
Music (Malaysia) Sdn Bhd
1992-2001- .Dia
menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music.
Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes
meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah
syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak
oleh kerajaan Malaysia.
Pada Oktober, 2001 - Pelancaran AirAsia.
Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua
Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna,
Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001.
Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom,
sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan
tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada
pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah
menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada,
baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan
menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan
harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal
terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September,
2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian
penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes
telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang
berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat
AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu
menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian.
Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa
perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek.
Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan
sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk
membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa
kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang
berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di
perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia
akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos,
terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru
sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines
di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya
di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal
terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum
AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6
peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
No comments:
Post a Comment